Sunday 11 September 2011

BIODATA BLOGGERS

NAMA:NORFATIN ATHIRAH BINTI MOHD SHOFI
KELAS:1HIDAYAH
UMUR:13TAHUN
SAYA BANGGA JADI ANAK MALAYSIA


NAMA:SITI NUR AZMINA BINTI MOHD JUHARI
KELAS:1HIDAYAH
UMUR:13TAHUN
TERIMA KASIH KEPADA PANITIA SIVIK

NAMA:NORHANISAH BINTI RAZALI
KELAS:1HIDAYAH
UMUR:13TAHUN
MALAYSIA BOLEH SAYA BOLEH

KAMI BANGGA JADI ANAK MERDEKA!!!

TENTANG SMK YAN!!!!!

SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Yan atau nama ringkasnya SMK Yan, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Pegawai,.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Yan memiliki 616 pelajar lelaki dan 656 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1272 orang. Ia mempunyai seramai 83 orang guru.2009
 
ALAMAT
 
Sekolah Menengah Kebangsaan Yan
Jalan Pegawai,
06900, Yan
Kedah, Malaysia
Telefon = 6044651122
Fax = 6044651121

KERANAMU MALAYSIA


Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu myawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

( ulang dari mula )

Keranamu Negara Malaysia
Malaysia...
Terima kasih Malaysia !

LENCANA SMK YAN!!!!!

KAMI BERTIGA BANGGA MENJADI WARGA SMK YAN 

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN YAN

                             SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN YAN

 GAMBAR-GAMBAR TENTANG SMK YAN











SEKIAN!!!!

TENTANG KEMERDEKAAN

TENTANG KEMERDEKAAN
Oleh: Toto Sudarto Bachtiar
Kemerdekaan ialah tanah air dan laut semua suara
janganlah takut kepadanya

Kemerdekaan ialah tanah air penyair dan pengembara
janganlah takut padanya

Kemerdekaan ialah cinta salih yang mesra
Bawalah daku kepadanya

MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA

MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA
Tambah kapsyen
Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.
Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

JALUR GEMILANG SEDANG BERKIBAR DI BLOG INI





Maksud-Maksud Yang Terdapat di Bendera Malaysia


Di Bendera Malaysia terdapat 14 jalur merah dan putih yang memberi maksud tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri – Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.Terdapat juga di bahagian bintang yang memberi maksud yang sama. Warna biru memberi makna Perpaduan Rakyat Malaysia. Manakala warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Jalur Gemilang

Bendera Malaysia ni telah diberi nama Jalur Gemilang oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4, pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan yang ke-40 di Dataran Merdeka.Ingat yer.

Pencipta Bendera Malaysia
Pencipta Bendera Malaysia ialah Allahyarham Mohamed bin Hamzah. Berasal dari Johor Bahru dan bertugas sebagai kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor. Allahyarham menamatkan persekolahan di English College ( Maktab Sultan Abu Bakar) dan mempunyai bakat dalam lukisan. Allahyarham  menyertai pertandingan merekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1947 yang diadakan oleh pemerintah pada masa itu. Ketika itu Allahyarham berusia 29 tahun. Allahyarham meninggal dunia pada 19 Februari 1993, di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee.

Friday 9 September 2011

BENARKAH NAMA ASAL "TANAH MELAYU" IALAH "BARR CHIN" ATAU TANAH CHINA?


MALLACCA

Para pejuang dan aktivis Melayu saya persilakan baca artikel berikut dan membuat penilaian seadil-adilnya tanpa emosi dan menjawab jika perlu  berdasarkan fakta sejarah,

Saya begitu tertarik membaca satu artikel tulisan Micheal Chick yang mengatakan asal-usul nama Semenanjung Tanah Melayu ialah Semenanjung Barr Xin atau Barr Chin. Chin ialah merujuk kepada  China. Bermakna nama asal ialah Tanah China atau land of the Chinese.

Benarkah begitu?

Micheal Chick berdasarkan tulisan itu telah menjalankan kajian yang serius mengenai sejarah Semenanjung Tanah Melayu dengan menyebut nama ahli sejarah terkenal seperti Prof Dr Khoo Khay Kim, Ahli falsafah Greek, Ptolemy, catatan pedagang Arab, catatan pendakwah Hindu Gujerat, Prof Nik Hassan, Tom Harrison, H.G. Quatrich Wales dan juga ada menyebut Nabi Muhammad S.A.W  dan isterinya Siti Khadijah.

Berdasarkan kajiannya, nama Tanah Melayu tidak ujud sebelum British tiba dan menguasai Semenanjung itu pada kurun ke-19 masihi. Sebelum itu kawasan tersebut  hanya dikenali sebagai  Mallacca sekitar kurun ke-15.

Sebuah catatan dan tulisan terawal iaitu Sejarah Melayu,  yang mencatat semua tempat  dari China hingga ke India termasuk negeri kecil seperti Temasik, tetapi tidak pernah menyebut Tanah Melayu. Penulis bertanya, kenapa?

Jawapannya mudah sahaja kerana nama itu belum ujud! Tanah Melayu tidak pernah dikenali sebagai Tanah Melayu sehingga British menjajah kawasan tersebut.

Malaya dalam bahasa Tagalog bermakna "aman". Malai dalam bahasa Tamil pula bermakna "bukit" seperti panggilan peniaga-peniaga Gujerat yang juga pendakwah Hindu terhadap banjaran Titiwangsa sebagai "mini-Himalaya"  ketika mencari tempat  membina kuil Hindu di kawasan itu pada kurun ke-2 masihi.

Tiada satu catatan sejarah sebelum kurun ke19 yang mengenali kawasan itu sebagai Tanah Melayu.

Sebelum kedatangan Parameswara pada  kurun ke -10, tanah semenanjung dikenali sebagai Barr Kra (Ada kaitan dengan Segenting Kra?). Barr dalam bahasa Parsi bermaksud tanah. Sebelum Barr Kra, semenanjung dikenali sebagai "Golden Chersonese" iaitu nama purba yang merujuk kepada semenanjung itu oleh Ptolemy, seorang ahli falsafah Greek yang juga seorang ahli astronomi dan ahli geografi.

Di Zaman kegemilangan Rom, Golden Chersonese ialah kawasan yang tersohor sebagai kawasan yang kaya dengan emas sehingga mendapat jolokan nama itu.

Namun apa yang menarik sekali ialah rujukan penulis terhadap peta Arab lama yang merujuk tanah semenanjung sebagai Barr Chin atau Barr Xin. Berdasarkan rekod pedagang-pedagang Arab telah ujud usaha melombong emas di negeri Barr Chin 500 tahun sebelum kelahiran junjungan besar  Nabi Muhammad S.A.W.

Apakah tulisan Micheal Chick itu benar-benar berdasar fakta sejarah ilmiah? Atau mungkinkah catatan itu hanya satu propoganda yang bertujuan membangkitkan semangat kaum China menuntut hak mereka keatas negara yang memang asalnya TANAH CHINA!

Saya juga tertanya-tanya kenapa nama laut yang mengelilingi tanah Semenanjung Tanah Melayu dipanggil Laut China Selatan bukan Laut Melayu???

ASAL USUL JALUR GEMILANG

Jalur Gemilang mula di kenali apabila pada tahun 1949. Melalui persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mempertimbangkan dan membuat perakuan berkaitan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.
Satu pertandingan telah diadakan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan dan disertai oleh 373 karyawan. Dengan pertandingan yang diadakan itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir. Setiap dari tiga rekabentuk itu akan dinilai semula sebelum satu kepusan penilaian dibuat.
Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.
Orang ramai diberikan peluang untuk memberikan pendapat tentang rekaan bendera yang sesuai. Pada 29 November 1949 keputusan pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan. Keputusan akhir majoriti telah memilih rekabentuk ciptaanEn. Mohamad bin Hamzah iaitu seorang arkitek kerajaan di negeri Johor.

Wednesday 7 September 2011

LAUNGAN KEMERDEKAAN!!!

KAMI BERTIGA INGIN MEMPAMERKAN SOMETHING.......
KALAU NAK TENGOK NAK TENGOK TEKAN SINI

TEMPAT PERTAMA KEMERDEKAAN DISAMBUT


Malam Merdeka

Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman
Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab SelangorKuala Lumpur, telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sambil disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.

Upacara Pengisytiharan

Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.
Hujan lebat yang turun sejak 3 pagi menyukarkan pergerakan dan sehingga 6.30 pagi, stadium masih belum dipenuhi oleh pengunjung. Ini menyebabkan upacara telah ditangguhkan selama sejam dan pengumuman majlis bermula kedengaran bukan pada pukul tujuh seperti yang dijangka tetapi pada pukul lapan. 2,000 orang tentera Persekutuan menumpang di sekolah-sekolah berhampiran stadium sebelum itu berarak dalam hujan dan tujuh batalion yang membuat perarakan ketika itu iaitu Rejimen Persekutuan, Skuadron Isyarat, Skuadron Jurutera, Tentera Laut Diraja Tanah Melayu, Tentera Laut Simpanan Diraja Tanah Melayu dan Askar Sivil Persekutuan.
Pada pukul 8, para media telah diberi pengumuman untuk bersedia dan semua peralatan kamera dan media ketika itu dipasang dengan perlindungan plastik atau pelapik kalis air lain di sekitar padang yang lembap. Kebetulan, hujan reda yang memungkin segala persiapan sebelum upacara bermula dapat dijalankan dengan mudah. Pengunjung bertambah ramai untuk menyaksikan upacara bersejarah ini.
Antara kumpulan pengunjung yang tiba di stadium adalah Kadet, Pengakap Laut (dengan pakaian putih, topi putih dan seluar pendek berwarna biru), Pandu Puteri (berpakaian biru muda), Pengakap (dengan kain skaf, berwarna merah dan emas, merah dan hitam, merah dan biru, merah dan putih), Pasukan Briged St. John's Ambulance dan Palang Merah British turut mengambil tempat di sisi stadium manakala kumpulan pancaragam dan pengawal kehormat berada di susur terowong masuk.
Kemudian, tetamu-temamu kehormat mula tiba Lord Chancellor dari England berpakaian yang sama seperti ketika dia menjadi hakim Mahkamah Tinggi Persekutuan. Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merupakan Raja Melayu yang pertama berangkat tiba diikuti Tengku Mahkota Johor (dalam pakaian uniform tentera baginda) yang menggantikan Sultan JohorSultan Perak (berpakaian berwarna krim), Sultan Terengganu (berpakaian emas bersama merah gelap dan hijau), Sultan Kelantan (berpakaian emas pucat), Sultan Kedah(berpakaian biru dan perak) Raja Perlis (berpakaian emas), Sultan Pahang (berwarna merah senduduk dan dan perak) serta yang akhir sekali, baginda Yang di-Pertuan Agong yang berpakaian perang serta memakai keris yang baru. Setiap daripada baginda diiringi bunyi nafiri dan berdiri di bawah payung kuning keemasan sambil Yang di-Pertuan Agong berjalan ke tempat duduk baginda. Pengunjung stadium masih lagi berdiri apabila Duke of Gloucester masuk sambil diiringi Sir Donald MacGillivray. Dengan ketibaan semua tetamu diraja, upacara Pengisytiharan dimulakan.
Adikung Duke membawa watikah perlembagaan yang menyatakan pengunduran daripada perlindungan British terhadap negeri-negeri Melayu dan kedaulatan terhadap Pulau Pinang dan Melaka. Raja-raja Melayu mula melangkah ke pentas dan Duke mengambil tempat di depan pentas sambil menerima hormat diraja sambil diiringi oleh Sir Donald MacGillivray. Ketika itu merupakan kali terakhir satu-satu upacara negara menyanyikan lagi kebangsaan British di Persekutuan Tanah Melayu. Kemudian, baginda Duke membacakan perutusan daripada baginda Ratu Elizabeth II akan pernyataan baginda yang mengalukan kemasukan Persekutuan ke dalam Komanwel dan mendoakan kejayaan negara ini.
Kemudian, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman bangun dari tempat duduknya dan menerima watikah perlembagaan sebagai lambang penyerahan kuasa pemerintahan sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu. Duke mengambil tempat duduk dan Tunku mulakan ucapannya dalam bahasa Inggeris. Setelah Tunku mengucapkan penghargaan kepada Great Britain akan pertolongan untuk mencapai kemerdekaan, beliau mula membaca teks "Pengisytiharan Kemerdekaan".
Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "MERDEKA" 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru dan tembakan meriam seratus satu das.
Dengan bunyi nobat nafiri, Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Duke of Gloucester, berangkat pergi dari pentas diikiuti oleh pemerintah Melayu yang lain, Perdana Menteri dan Sir Donald MacGillivray. Kemudian, Doa Selamat dibacakan bagi memohon keberkatan dan keredhaan Allah terhadap sebuah negara yang baru dilahirkan
Dengan pengisytiharan itu, maka berakhirlah penjajahan Inggeris dan kuasa Baginda Ratu ke atas Persekutuan Tanah Melayu termasukPulau Pinang dan Melaka iaitu sejak lebih 170 tahun. Pada hari itu juga Pesuruhjaya Tinggi British terakhir di Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivray dan isterinya telah meninggalkan negara ini dan pulang ke England.

Biodata Tokoh: Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj


Biodata Tokoh: Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj

Biodata Tokoh: Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj



Nama :
Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Lahir :
08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda).

Pendidikan :
1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
1916 - Penang Free School, Penang.
1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.
1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.


Kerjaya :
1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor.
1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.
1956 - Rombongan Merdeka ke London.
1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.
1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.
1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963.
1970 - Bersara dari Politik.
06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara berkabung atas pemergian Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas wasiat Almarhum, jenazah disemadikan di Makam Di Raja Langgar.

Friday 2 September 2011

GAMBAR GAMBAR KEMERDEKAAN




BANGGA!!! ^_^

saya bangga menjadi ANAK MALAYSIA kerana . . . 

Malaysia berjaya mengekalkan kemerdekaan selama 54 tahun. harap sangat untuk selamanya. disebabkan kemerdekaan ini saya bebas buat apa saja. nak makan boley, nak tidur boley, nak belajar boley dan laen2. sebab Malaysia negara yang aman makmur. walaupown rakyatnyer berbilang kaum, namun Malaysia tetap dapat mempertahankan keharmonian. lagi2 dengan gagasan 1 Malaysia yang disarankan oleh perdana Menteri. memang terbaek..!!!!

SUMPAH ANAK MERDEKA


Merdeka
SUMPAH ANAK MERDEKA
Aku anak merdeka
Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa
Aku anak merdeka
Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasa
Ingin ku bela nasib bangsa
Aku anak merdeka
Harapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang negara
Yang tegar membuat angkara
Aku anak merdeka
Di hati semangat waja
Di dada penuh satria
Ini Tuah akan membela
Untuk kubalut luka lama

Erti Kemerdekaan


231823932_8277e9e239
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Menjelang 31 Ogos, maka genaplah 54 tahun Malaysia berdiri megah sebagai negara merdeka dan berdaulat.
Apakah erti kemerdekaan bagi bangsa sebuah negara merdeka seperti kita? Bebas daripada penjajahan fizikal dan mental oleh bangsa Eropah? Kita patut berbangga kerana kita tidak lagi dijajahi bangsa Inggeris?
Sebenarnya kita belum dibebaskan. Minda kita masih dicorak dan dikuasai oleh golongan dominan. Bukan oleh bangsa Eropah, tetapi oleh bangsa kita sendiri. Rejim hegemonik melakukan sedaya upaya untuk mengekalkan kekuasaan mereka ke atas kita agar status quo dapat dikekalkan.
Hegemoni dirujuk sebagai satu kaedah kawalan sosial melibatkan keupayaan kelas sosial yang dominan (elit yang berkuasa) untuk memberikan kepimpinan dan arahan kepada kelas sosial yang lain (masyarakat umum) bagi mendapat kepatuhan sama ada secara rela atau secara paksaan melalui penggunaan kuasa yang ada pada mereka untuk mengekalkan status quo (Gramsci 1971).
Kaedah pertama melibatkan keupayaan menguasai minda masyarakat secara suka rela. Kaedah ini dilakukan oleh pelbagai agen sosialisai seperti media massa, parti politik, ibu bapa, sekolah, guru, rakan sebaya dan sebagainya bagi menanam norma dan budaya masyarakat. Jelas sekali proses penguasaan minda oleh kelas dominan ini amat berjaya sehingga membolehkan mereka berada di kedudukan yang hegemonik semenjak merdeka sehingga sekarang. Pemikiran dan tindakan masyarakat umum berjaya dipengaruhi dan dikawal sebagaimana dikehendaki.
Kaedah kedua ialah tindakan mengawal (menjajah) masyarakat dengan kekerasan dan paksaan. Ini melibatkan penggunaan beberapa institusi yang berkuasa di dalam negara seperti institusi perundangan dan keselamatan, termasuk akta-akta tertentu. Kaedah ini tidak meletakkan undang-undang sebagai sesuatu yang berdaulat, sebaliknya memperalatkan undang-undang tertentu bagi kepentingan rejim (rule by law bukan rule of law).
Kedua-dua kaedah hadir serentak dan saling melengkapi. (Muhamad Nadzri Mohamed Noor 2009).
Sekiranya penguasaan golongan dominan bagi mengekalkan status quo ini tidak dihapuskan, selagi itulah masyarakat umum, yakni rakyat terbanyak tetap tidak bebas – fizikal dan minda dipengaruhi dan dikuasai sama ada secara sedar atau tidak sedar.
Apakah erti kemerdekaan bagi kita rakyat Malaysia?
Perutusan Hari Kemerdekaan Ke-54 daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak.