Friday 9 September 2011

BENARKAH NAMA ASAL "TANAH MELAYU" IALAH "BARR CHIN" ATAU TANAH CHINA?


MALLACCA

Para pejuang dan aktivis Melayu saya persilakan baca artikel berikut dan membuat penilaian seadil-adilnya tanpa emosi dan menjawab jika perlu  berdasarkan fakta sejarah,

Saya begitu tertarik membaca satu artikel tulisan Micheal Chick yang mengatakan asal-usul nama Semenanjung Tanah Melayu ialah Semenanjung Barr Xin atau Barr Chin. Chin ialah merujuk kepada  China. Bermakna nama asal ialah Tanah China atau land of the Chinese.

Benarkah begitu?

Micheal Chick berdasarkan tulisan itu telah menjalankan kajian yang serius mengenai sejarah Semenanjung Tanah Melayu dengan menyebut nama ahli sejarah terkenal seperti Prof Dr Khoo Khay Kim, Ahli falsafah Greek, Ptolemy, catatan pedagang Arab, catatan pendakwah Hindu Gujerat, Prof Nik Hassan, Tom Harrison, H.G. Quatrich Wales dan juga ada menyebut Nabi Muhammad S.A.W  dan isterinya Siti Khadijah.

Berdasarkan kajiannya, nama Tanah Melayu tidak ujud sebelum British tiba dan menguasai Semenanjung itu pada kurun ke-19 masihi. Sebelum itu kawasan tersebut  hanya dikenali sebagai  Mallacca sekitar kurun ke-15.

Sebuah catatan dan tulisan terawal iaitu Sejarah Melayu,  yang mencatat semua tempat  dari China hingga ke India termasuk negeri kecil seperti Temasik, tetapi tidak pernah menyebut Tanah Melayu. Penulis bertanya, kenapa?

Jawapannya mudah sahaja kerana nama itu belum ujud! Tanah Melayu tidak pernah dikenali sebagai Tanah Melayu sehingga British menjajah kawasan tersebut.

Malaya dalam bahasa Tagalog bermakna "aman". Malai dalam bahasa Tamil pula bermakna "bukit" seperti panggilan peniaga-peniaga Gujerat yang juga pendakwah Hindu terhadap banjaran Titiwangsa sebagai "mini-Himalaya"  ketika mencari tempat  membina kuil Hindu di kawasan itu pada kurun ke-2 masihi.

Tiada satu catatan sejarah sebelum kurun ke19 yang mengenali kawasan itu sebagai Tanah Melayu.

Sebelum kedatangan Parameswara pada  kurun ke -10, tanah semenanjung dikenali sebagai Barr Kra (Ada kaitan dengan Segenting Kra?). Barr dalam bahasa Parsi bermaksud tanah. Sebelum Barr Kra, semenanjung dikenali sebagai "Golden Chersonese" iaitu nama purba yang merujuk kepada semenanjung itu oleh Ptolemy, seorang ahli falsafah Greek yang juga seorang ahli astronomi dan ahli geografi.

Di Zaman kegemilangan Rom, Golden Chersonese ialah kawasan yang tersohor sebagai kawasan yang kaya dengan emas sehingga mendapat jolokan nama itu.

Namun apa yang menarik sekali ialah rujukan penulis terhadap peta Arab lama yang merujuk tanah semenanjung sebagai Barr Chin atau Barr Xin. Berdasarkan rekod pedagang-pedagang Arab telah ujud usaha melombong emas di negeri Barr Chin 500 tahun sebelum kelahiran junjungan besar  Nabi Muhammad S.A.W.

Apakah tulisan Micheal Chick itu benar-benar berdasar fakta sejarah ilmiah? Atau mungkinkah catatan itu hanya satu propoganda yang bertujuan membangkitkan semangat kaum China menuntut hak mereka keatas negara yang memang asalnya TANAH CHINA!

Saya juga tertanya-tanya kenapa nama laut yang mengelilingi tanah Semenanjung Tanah Melayu dipanggil Laut China Selatan bukan Laut Melayu???

1 comment: